SIARAN AKHBAR

S.A. 2020/08/54 (HQ)

TERBITAN PERTAMA SUKUK WAKALAH TNB BERNILAI RM3 BILION TERLEBIH LANGGAN

  • Transaksi ditingkatkan kepada RM3 bilion daripada saiz permulaan RM2 bilion oleh sebab permintaan yang tinggi
  • Penetapan harga terbitan ketiga-tiga tranche Sukuk mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan kredit TNB dan tanggapan bahawa TNB sebagai proksi utama kepada risiko penarafan AAA

Terbitan pertama nota kewangan jangka sederhana Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM3 bilion ("Tawaran") di bawah Program Sukuk Wakalah dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelabur dalam dan luar negara.

Tawaran itu berjaya ditetapkan pada 29 Julai 2020 selepas proses rundingan selama satu hari dan telah berjaya menarik minat pelbagai pelabur dalam pasaran modal, meskipun dalam keadaan pasaran global yang mencabar dan kesan daripada wabak COVID-19.

Terbitan Sukuk ini terlebih langgan hampir 4 kali dengan permintaan pada jumlah keseluruhan langganan RM7.82 bilion diterima pada kemuncak proses rundingan daripada lebih 41 akaun melibatkan pengurus dana, firma insurans hayat, dana persaraan, bank dan syarikat korporat. Disebabkan strategi rundingan yang cemerlang dan permintaan kukuh yang diterima ketika rundingan, Tawaran telah ditingkatkan ke RM3 bilion.

Sehingga kini, Tawaran ini adalah terbitan AAA korporat terbesar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan bagi menghadapi pandemik COVID-19. Ia juga adalah terbitan yang mempunyai tempoh matang terpanjang (20 tahun) yang diterbitkan oleh syarikat korporat tahun ini, seterusnya mencerminkan permintaan tinggi pelabur untuk penawaran kredit yang berkualiti tinggi seperti TNB. Program Sukuk Wakalah telah diberi penarafan AAA oleh RAM Rating Services Berhad.

Mengulas mengenai kejayaan penawaran Sukuk tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, "Kami amat berpuas hati dengan sambutan daripada pelabur terhadap transaksi ini dan harga yang ditetapkan bagi ketiga-tiga bahagian (tranches) Sukuk kebanyakannya berada dalam lingkungan harga dagangan pasaran sekunder bagi sukuk TNB yang lain. Malah, dalam tranche tertentu, ia adalah jauh lebih baik daripada kadar pasaran sukuk TNB sedia ada. Permintaan yang tinggi daripada pelabur adalah petanda jelas keyakinan pasaran modal terhadap TNB dan kelestarian jangka panjang perniagaan TNB."

Page 1 of 2

S.A. 2020/08/54 (HQ)

Hasil daripada terbitan Sukuk ini akan digunakan TNB untuk tujuan am korporat, termasuk modal kerja dan perbelanjaan modal sukuk TNB yang lain.

Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2020, jam 5:30 petang

Untuk pertanyaan lanjut media, sila hubungi Fitri Majid di talian 013-3626923 /

Grace Tan di talian 016-6626229 / Nasir Aziz di talian 018-9434524

atau emel kemedia@tnb.com.my

Page 2 of 2

Attachments

  • Original document
  • Permalink

Disclaimer

TNB - Tenaga Nasional Berhad published this content on 12 August 2020 and is solely responsible for the information contained therein. Distributed by Public, unedited and unaltered, on 12 August 2020 10:07:19 UTC