08/03/2022

Pelanggan yang dihargai,

Bagi negeri Kelantan, gangguan bekalan elektrik akibat banjir bagi 91 kawasan telah pulih sepenuhnya.

Bagi negeri Selangor, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Puchong, Selangor susulan hujan dan diikuti banjir kilat bagi memastikan keselamatan para pengguna. Kawasan terlibat adalah
seperti berikut:

  1. Koi Suite 1-2
  2. Koi Prima

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Jangan hidupkan suis selagi tidak dipastikan berada dalam keadaan yang kering dan selamat.

Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.

Attachments

  • Original Link
  • Original Document
  • Permalink

Disclaimer

TNB - Tenaga Nasional Berhad published this content on 08 March 2022 and is solely responsible for the information contained therein. Distributed by Public, unedited and unaltered, on 09 March 2022 09:00:09 UTC.