09/03/2022

Pelanggan yang dihargai,

TNB sentiasa peka dan turut bersimpati dengan keperitan rakyat yang sedang diuji dengan bencana dan TNB juga sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan elektrik di waktu bencana banjir ketika ini.

Setakat jam 1 petang, bekalan elektrik masih belum dapat diberikan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur iaitu Impiana Hotel KLCC dan Menara Perak ekoran penutupan bekalan elektrik oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Jangan hidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air/kekotoran banjir.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.

Attachments

  • Original Link
  • Original Document
  • Permalink

Disclaimer

TNB - Tenaga Nasional Berhad published this content on 09 March 2022 and is solely responsible for the information contained therein. Distributed by Public, unedited and unaltered, on 09 March 2022 09:10:10 UTC.