30/12/2021

TNB ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video air deras yang mengatakan lokasi 'Tasik Kenyir, 30/12/2021'. Sungai di dalam video tersebut adalah Sg Telemong yang berdekatan dengan Gawi, di mana aliran Sg Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir.

Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.

Layari platform rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter @Tenaga_Nasional untuk info yang sahih dan terkini.

Attachments

  • Original Link
  • Original Document
  • Permalink

Disclaimer

TNB - Tenaga Nasional Berhad published this content on 30 December 2021 and is solely responsible for the information contained therein. Distributed by Public, unedited and unaltered, on 31 December 2021 10:56:09 UTC.